ARKIB :
06/01/2011
KUALA LUMPUR -
Dalam usia semuda 19 tahun, Mohd. Fadhli Shas telah mengukir nama dalam sejarah
bola sepak negara, apabila membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF buat
pertama kali, baru-baru ini.
Selepas mempamerkan
sentuhan hebat pada kejohanan tersebut, Mohd. Fadhli mengakui dia semakin
bersemangat untuk memburu kejuaraan Liga Malaysia bersama Harimau Muda A.
Bukan mahu
bersikap terlalu yakin, cuma Fadhli melontarkan keyakinan bahawa skuadnya mampu
mencabar kejuaraan Liga Super dan Piala FA.
''Semua pemain
bersama dalam tempoh yang agak lama, ditambah pula dengan pendedahan di
Slovakia, maka persefahaman jelas begitu mantap.
''Ini
memberikan kelebihan besar buat kami berbanding pasukan lain, yang mungkin
melakukan perubahan pemain pada setiap musim.
''Saya yakin
kami boleh menggapai kejuaraan Liga Super musim ini dan buat pasukan lain,
jangan memandang rendah kemampuan kami,'' katanya.
Skuad Harimau
Muda A kendalian Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan Liga Super menentang
pasukan pilihan musim ini, Negeri Sembilan di Stadium Paroi pada 29 Januari.
Harimau Muda A
pastinya digeruni pada saingan musim ini kerana membariskan enam tonggak yang
membantu skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Selain Fadhli,
Mohd. Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Faizal
Muhammad, turut berada di dalam senarai 30 pemain Harimau Muda yang akan
memberikan saingan kepada 13 pasukan lain di Liga Super dan Piala FA.
Barisan
pertahanan Harimau Muda akan dibarisi tiga pemain yang berada di dalam
kesebelasan utama skuad negara iaitu Fadhli, Mahalli dan Muslim.
Fadhli, yang
baru mendaftarkan diri menjalani latihan di Wisma FAM kelmarin, berkata,
tumpuan utamanya pada tahun 2011 adalah untuk membantu Malaysia melangkah jauh
dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012.
''Berdepan
Pakistan pada 23 Februari nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil, saya harap
sokongan padu daripada peminat ketika kami beraksi.
''Kami akan
cuba sedaya upaya untuk melangkah jauh dan berazam untuk mencatatkan satu lagi
sejarah bola sepak negara,'' katanya.
Skuad Harimau
Muda A akan ke Doha untuk perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Qatar
pada 20 Januari ini SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_13.htm#ixzz5dKpCKPTl
© Utusan
Melayu (M) Bhd