Vingada uji
lapan tenaga baru
MyMetroArena
Mohd Fitrie
Muhamad
fitrie@bh.com.my

PENGEDALI
kebangsaan, Nelo Vingada memanggil lapan pemain baru ke latihan pusat Harimau
Malaya yang bermula Sabtu ini sebagai persiapan sebelum menentang Korea Utara
pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand
pada 10 dan 13 November ini.
Pemain
berkenaan adalah penyerang skuad B-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta
tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi
Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan dan
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.
FAZLY (dua
dari kanan) turut diuji Vingada.
Senarai lapan
pemain itu menggantikan lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal
Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon
(Kedah), Amirulhadi Zainal (Johor DT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel
Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.
Ini bermakna
hanya 16 pemain yang dipanggil sebelum ini dikekalkan termasuk dua pemain yang
tidak menyertai pasukan ke Hong Kong, iaitu Ahmad Hazwan Bakri (Johor DT) dan
Nor Azam Abdul Azih (Pahang).
Bagaimanapun,
hanya 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang
akan melapor diri pada Sabtu ini (4 November) sementara baki 14 pemain dari
Johor DT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin iaitu selepas berakhir aksi
final Piala Malaysia.
Skuad Harimau
Malaya dijadualkan berlepas ke Thailand Selasa ini.
IZHAM
tersenarai dalam aksi menentang Korea Utara.
Senarai
pemain:
Safiq Rahim,
Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas,
Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan,
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom
Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak), Baddrol Bakhtiar,
Syafiq Ahmad (Kedah), Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Khairulazhan
Khalid, Adam Nor Azlin (Selangor), Wan Zack Haikal Wan Nor (FELDA United),
Syamel Kutty Abba (Pulau Pinang).
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 3:07 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan