11 Oktober 2019

Hazwan, Muhammad Fadhli: Foto:
Johor Southern Tigers
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL)
telah meluluskan pendaftaran dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Muhammad
Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri ke Johor Darul Ta’zim II (JDT II)
berkuatkuasa semalam.
Sebelum ini, peraturan melibatkan
perpindahan pemain skuad simpanan menyatakan had umur pemain-pemain tempatan
yang dibenarkan untuk berpindah ke skuad utama atau skuad utama ke skuad
simpanan harus memiliki syarat sekurang-kurangnya berusia 27 tahun ke bawah.
Bagaimanapun, Ahli Lembaga
Pengarah MFL telah membuat keputusan di mana tiada lagi had umur bagi
pemain-pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke skuad simpanan dalam
satu mesyuarat pada 1 Mac lalu.
“Pihak MFL dengan ini meluluskan
pendaftaran pemain JDT (pasukan utama) untuk didaftarkan ke JDTII (skuad
simpanan).
“Oleh yang demikian, pendaftaran
pemain tersebut telah dibuat mengikut peraturan seperti yang telah diluluskan oleh
Ahli Lembaga Pengarah MFL.
“Pendaftaran pemain-pemain ini
adalah berkuatkuasa pada tarikh surat ini diedarkan,” kata MFL dalam satu
kenyataan.
Beberapa permohonan pendaftaran
pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke skuad simpanan atau
sebaliknya sudah diluluskan MFL sebelum ini termasuk permohonan Terengganu FC
(TFC) ke TFC II pada 14 Jun lalu seramai 22 pemain.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/51530/BERITA/Sukan/Hazwan-Fadhli-Shas-turun-pangkat-ke-JDT-II©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan