MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

JOHOR Darul Ta'zim II (JDT II)
melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan juara Piala Cabaran selepas
mengenepikan UKM FC di pentas final malam tadi.
Bagaimanapun kejayaan itu bukan
hadir dengan mudah apabila aksi final kedua yang berlangsung di Stadium
Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan
penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.
Ia susulan kebangkitan dramatik
skuad The Varsity Boys memadamkan kelebihan skuad 'feeder club' JDT itu yang
membawa bekalan satu gol daripada aksi final pertama di Pasir Gudang minggu
lalu.
Dalam penentuan penalti itu, anak
buah Ervin Boban berjaya mengatasi lawan dengan keputusan 6-5 untuk menjulang
kejuaraan pertama buat mereka.
Sebaliknya hasrat UKM FC untuk
menamatkan badi kejuaraan Liga Malaysia terus berpanjangan sekaligus mengulangi
skrip musim lalu yang menyaksikan skuad The Varsity Boys tewas kepada
Terengganu FC II dengan agregat 4-2.
Aksi berlangsung sengit sejak
wisel permulaan ditiupkan, tuan rumah dilihat menguasai tempo permainan dengan
melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pelawat.
Bagaimanapun, ketumpulan jentera
depan nyata mengecewakan sambil JDT II sesekali menyerang balas.
Buruan gol tuan rumah akhirnya diraih
menerusi penjaring terbanyak UKM FC Mateo Roskam pada m-81 yang jelas
mengejutkan pelawat.Biarpun tambahan masa diberikan namun kedudukan agregat 1-1
kekal sehingga 120 minit dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan
penalti.
Tuah nyata memihak JDT II untuk
pulang ke dengan kegembiraan manakala UKM FC terpaksa mencuba sekali lagi pada
musim depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 13 Oktober 2019 @ 12:17 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan