MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

KEJAYAAN Johor Darul Ta’zim II
(JDT II) menjulang Piala Cabaran adalah hadiah terbaik buat pemilik kelab Tunku
Ismail Sultan Ibrahim yang banyak berkorban untuk memastikan kejayaan itu.
Pengendali JDT II, Ervin Boban
mengakui Tunku Ismail adalah tulang belakang kepada kejayaan sulung skuad
‘feeder club’ JDT itu apabila menundukkan UKM FC 6-5 menerusi penentuan sepakan
penalti selepas terikat 1-1 secara agregat.
“Tanpa Tunku Ismail kami tidak
akan meraihnya. Sejak mula lagi beliau banyak memberi sokongan kepada jurulatih
dan pemain.
“Ini hadiah buatnya dan kami
cukup gembira atas kejayaan menjulang trofi pertama kami,” katanya pada sidang
media sejurus tamat aksi malam tadi.
ROSKAM (kanan) menjaringkan gol
UKM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. — FOTO Zulfazhli Zulkifli
Pada aksi final kedua di Stadium
Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, JDT II yang memiliki bekalan satu gol susulan
kemenangan 1-0 di Pasir Gudang minggu lalu gagal mempertahakan kelebihan itu.
Sebaliknya, UKM FC tampil lebih
garang dan menyamakan agregat pada minit ke-81 apabila hantaran silang Milad
Zanidpour ditampan masuk Mateo Roskam untuk memaksa perlawanan ke masa
tambahan.
Tonggak import JDT II, Nicholas
Fernandez terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan penalti namun Haziq
Nadzli menampan dua percubaan terakhir UKM sebelum Fadhli Shas menoktahkan
kemenangan serta kejuaraan pertama JDT II.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 13 Oktober 2019 @ 6:45 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan